Search

SAYA PILU TAKDA IDEA NAK BUAT MARKETING ONLINE


Tips Khas untuk peniaga online yang kekeringan idea



Zaman sekarang idea sangat berharga dalam era yang penuh dengan informasi hingga mendesak kita kena sentiasa mencari idea baru.


Idea ni mami baca di cosmopolitan dan mami pernah praktikkan dan ianya menjadi.


So , jom baca sampai habis artikel ni . Nanti boleh share dengan kawan-kawan seperjuangan juga.


CARA BOLEH TAMBAH KREATIVITI IDEA ANDA


1. MEMERHATI


Siapa yang suka window shopping?


Sebenarnya idea ada di sekeliling kita . Masa window shopping tu , cuba duduk sekejap di kerusi atau cafe.


Gunakan deria kita untuk lihat semua yang ada disekeliling kita .


Adakah pintu masuk terbuka luas atau tertutup?


Apakah font tulisan kedai tersebut?


Apakah lagu yang dimainkan di restoran tersebut?


Mungkin kedengaran seperti sesuatu yang remeh atau tidak relevan, tapi ia amat membantu.


Perhatikan dunia dengan tumpuan dan fokus.


Apabila kamu beri perhatian kepada perkara-perkara remeh dan kecil di sekeliling kita, kita boleh kenal pasti masalah yang boleh bertukar menjadi satu peluang.


Dan dari situ kreativiti, inovasi dan idea akan tercipta.


Anda ada cara lain lagi untuk mencari idea? Jom share di ruang komen .





kata-kata mami : En. Husband cakap , baca magazine dalam toilet . Idea boleh datang mencurah-curah? betul ke? huhu


HOME | +60194490062

Copyright Warisan Emas Jewellery 2020